Thursday 16 February 2012

Coklat Minda



Dah pertengahan bulan febuari kan hari ni. Alhamdulillah A1 kat sekolah pun makin positive pada pandangan lili. Tak de lagi cerita ngantuk ke... nangis ke...tak pun letih...

Sebelum ni tiap-tiap hari musti ade report pasal dia nangis kat sekolah. Terutamanya kat tabika kemas, sikit hal pun boleh jd punca A1 ni nangis...lenguh menulis@mewarna, p toilet ade kekawan tengok, bebudak lain bising. Kalau kat tadika agama pula, lain skit la punca nya,al maklum lah petang...panas n berpeluh so gatal2 lak badannya tak pun sebab mengantuk..

Haaaa pasal MENGANTUK DALAM KELAS ni yang lili tak tahan ni...cian A1...camne ilmu nak masuk kalau mengantuk n tido dalam kelas nii.. N ni la yang meyebabkan lili jumpa mendealah Coklat Minda ni..search punya search penyelesaian bagi anak tak mengantuk dalam kelas ni kat google terjumpa lah macam-macam n terbaca juga testimoni pengguna Coklat Minda ni..so lili pun nak cuba juga lah, manalah tau kan betul-betul membantu A1. Boleh la baca testimoni pasal Coklat Minda ni kat sini yek


COKLAT MINDA ni jenama Hijrah, satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, yang penting....halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pemakanan. Ia dalam bentuk tablet macam M&M, rasanya sedap, senang dibawa kemana-mana, boleh kunyah je sebab lembut dan mudah simpan sebab coklat nya tak mudah cair.

Huhuhu cam promote product ni lak ye..saja la mau kongsi kat entry ni sebab nampak juga la perubahan A1 ni. Mungkin coklat ni ade meyumbang pada perubahan tu. Dah 2minggu dia makan coklat ni.. n minggu ni bila hantar dia ke tabika pagi takde lah muka monyok jek..dah ceria skit mukanya..masa amik pun nampak dia bergerak2, lompat2 hehehe dulu diam je..keras. Kat tabika agama pun tak mengantuk dah..:) nangis? Still ade la tp kurang kekerapannya berbanding dulu.. Nangis bersebab la cth kena gigit(entry lepas) @ terjatuh

Seronok tau skarang..bila tanya A1 "ari ni nangis tak?" n bila dia jawab TAKkkk.:)  Mudah2an anak ibu A1 terus tabah n ceria n terang hatinya menerima ilmu di sekolah.

Ape-ape pun kita hanya berusaha kannn allah yang perkenankan segala-galanya

No comments:

Post a Comment