Monday 13 February 2012

Cinta Masjid

assalamualaikum...

hari sabtu lepas ada la menonton rancangan '60 minit Bersama Ustaz Don' (sekarang glamor ustaz ni; cara penyampaiannya menarik!!). tajuk hari tu: CINTA MASJID. dengan tajuk ni teringat pula lili kat impian En.Abg untuk kami berdua, bila da rehat skit dari kerja-kerja dunia ni nak beri lebih masa la untuk akhirat pula...nak beraktiviti kat masjid pula...huhuhu mudah2an impian ini terlaksana nanti :)

dalam CINTA MASJID tu Ustaz Don ade la cerita tentang Adab-Adab Masuk Masjid. so lili nak kongsikan dalam entry ni sebagai panduan n ingatan untuk diri yang selalu terlupa ni ;) okeh, antara adab-adab yang dibincangkan

  • masuk dengan kaki kanan - sambil tu boleh la baca doa masuk ke masjid
Doa Masuk Masjid:
"Bismillahi washshalaatu wassalaamu 'alaa Rasulillahi. Allahummaftah lii abwaaba rahmatika"
 Dengan nama Allah, semoga shalawat dan salam tetap tercurahkan atas Rasulullah. Wahai Allah, bukalah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu.." Aamiin. (HR. Abu Dawud, Muslim dan Ibnu Sunni)

  • solat sunat TahiyatulMasjid - dilakukan apabila masuk ke masjid, sebelum duduk
Niat Solat TahiyatulMasjid: “Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala"

  • niat i'tikaf -
Niat i'tikaf: " Sahaja aku Iktikaf di dalam masjid ini kerana Allah Ta'ala"

  • pakai pakaian yang sesuai
pakaian sesuai ke masjid pastilah pakaian yang menutup aurat yee. dan bagi yang berbaju t tu pastikan tiada gambar atau tulisan yang boleh menimbulkan prasangka kepada orang lain ;)

  • jaga kebersihan
bersih demi keselesaan untuk beribadah di dalam masjid. tuntutan agama tu :)


itulah antara adab-adab yang sempat dikongsikan oleh Ustaz Don haritu..selamat beramal...
:)

1 comment: