Thursday 16 February 2012

Coklat Minda



Dah pertengahan bulan febuari kan hari ni. Alhamdulillah A1 kat sekolah pun makin positive pada pandangan lili. Tak de lagi cerita ngantuk ke... nangis ke...tak pun letih...

Sebelum ni tiap-tiap hari musti ade report pasal dia nangis kat sekolah. Terutamanya kat tabika kemas, sikit hal pun boleh jd punca A1 ni nangis...lenguh menulis@mewarna, p toilet ade kekawan tengok, bebudak lain bising. Kalau kat tadika agama pula, lain skit la punca nya,al maklum lah petang...panas n berpeluh so gatal2 lak badannya tak pun sebab mengantuk..

Haaaa pasal MENGANTUK DALAM KELAS ni yang lili tak tahan ni...cian A1...camne ilmu nak masuk kalau mengantuk n tido dalam kelas nii.. N ni la yang meyebabkan lili jumpa mendealah Coklat Minda ni..search punya search penyelesaian bagi anak tak mengantuk dalam kelas ni kat google terjumpa lah macam-macam n terbaca juga testimoni pengguna Coklat Minda ni..so lili pun nak cuba juga lah, manalah tau kan betul-betul membantu A1. Boleh la baca testimoni pasal Coklat Minda ni kat sini yek


COKLAT MINDA ni jenama Hijrah, satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, yang penting....halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pemakanan. Ia dalam bentuk tablet macam M&M, rasanya sedap, senang dibawa kemana-mana, boleh kunyah je sebab lembut dan mudah simpan sebab coklat nya tak mudah cair.

Huhuhu cam promote product ni lak ye..saja la mau kongsi kat entry ni sebab nampak juga la perubahan A1 ni. Mungkin coklat ni ade meyumbang pada perubahan tu. Dah 2minggu dia makan coklat ni.. n minggu ni bila hantar dia ke tabika pagi takde lah muka monyok jek..dah ceria skit mukanya..masa amik pun nampak dia bergerak2, lompat2 hehehe dulu diam je..keras. Kat tabika agama pun tak mengantuk dah..:) nangis? Still ade la tp kurang kekerapannya berbanding dulu.. Nangis bersebab la cth kena gigit(entry lepas) @ terjatuh

Seronok tau skarang..bila tanya A1 "ari ni nangis tak?" n bila dia jawab TAKkkk.:)  Mudah2an anak ibu A1 terus tabah n ceria n terang hatinya menerima ilmu di sekolah.

Ape-ape pun kita hanya berusaha kannn allah yang perkenankan segala-galanya

Monday 13 February 2012

Anak saya bukan anak patung!!!

Ish..ish..ish..geram sungguh laa..ape la budak ni lapar sangat ke ape.ade ke di gigitnye tangan A1 sampai berkesan gitu skali..

Noon td lepas amik A1 kat skol dia, dia cerita kawan yang duduk sebelah dia gigit tangan dia.. Emmm memula ingat musti gigit memain yang tak meninggalkan kesan sangat..biasa kan kalau memain gigit, kesan gigitan tu musti hilang nye dalam beberape minit nyee..think positive 1st!

Tapi tengok la tu kat pic tuuuuu..berkesan okey...merah..cam dalam jee.. :((

Tanya pada A1, dia kata tak sakit n tadi nangis sikit.. N dia tak balas ape pun kat budak tu.. Nangis n report kat cikgu n cikgu yang marah kat budak tu..emmm tak tau le nak kate ape dah.. Benda pun dah jadi. Harap-harap benda cam ni tak akan berulang lagi. Lili ni sebagai ibunya pun takde buat ape pun yang sampai melukakan dia..saaaaayang anak-anak ibu..

Semoga A1 sentiasa dilindungi oleh Nya dari segala niat@perbuatan jahat orang pada diri dia.

Cinta Masjid

assalamualaikum...

hari sabtu lepas ada la menonton rancangan '60 minit Bersama Ustaz Don' (sekarang glamor ustaz ni; cara penyampaiannya menarik!!). tajuk hari tu: CINTA MASJID. dengan tajuk ni teringat pula lili kat impian En.Abg untuk kami berdua, bila da rehat skit dari kerja-kerja dunia ni nak beri lebih masa la untuk akhirat pula...nak beraktiviti kat masjid pula...huhuhu mudah2an impian ini terlaksana nanti :)

dalam CINTA MASJID tu Ustaz Don ade la cerita tentang Adab-Adab Masuk Masjid. so lili nak kongsikan dalam entry ni sebagai panduan n ingatan untuk diri yang selalu terlupa ni ;) okeh, antara adab-adab yang dibincangkan

  • masuk dengan kaki kanan - sambil tu boleh la baca doa masuk ke masjid
Doa Masuk Masjid:
"Bismillahi washshalaatu wassalaamu 'alaa Rasulillahi. Allahummaftah lii abwaaba rahmatika"
 Dengan nama Allah, semoga shalawat dan salam tetap tercurahkan atas Rasulullah. Wahai Allah, bukalah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu.." Aamiin. (HR. Abu Dawud, Muslim dan Ibnu Sunni)

  • solat sunat TahiyatulMasjid - dilakukan apabila masuk ke masjid, sebelum duduk
Niat Solat TahiyatulMasjid: “Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala"

  • niat i'tikaf -
Niat i'tikaf: " Sahaja aku Iktikaf di dalam masjid ini kerana Allah Ta'ala"

  • pakai pakaian yang sesuai
pakaian sesuai ke masjid pastilah pakaian yang menutup aurat yee. dan bagi yang berbaju t tu pastikan tiada gambar atau tulisan yang boleh menimbulkan prasangka kepada orang lain ;)

  • jaga kebersihan
bersih demi keselesaan untuk beribadah di dalam masjid. tuntutan agama tu :)


itulah antara adab-adab yang sempat dikongsikan oleh Ustaz Don haritu..selamat beramal...
:)

Monday 6 February 2012

Hello World!!!

Hai hai hai... Assalamualaikum
Bertahun-tahun org dah berblog..la ni aku lak baru laa terhegeh-hegeh nak berblog....:)) suke aku la kannn..br ni la hati aku terbuka nak menulis di laman maya ni..

Inshallah niat utk berblog ni tak akan angat-angat taik ayam jek :)) akan ada post yang seterusnya..

Peace ;)